PAKEJ 2

RM180.00

Category:

Description

Pastinya ramai di kalangan agent/stokis semua yang berhadapan dengan kerenah dan soalan-soalan yang berkaitan dengan EZIJOINT. Bagi menjawab setiap persoalan yang ditanya, pihak EZIJOINT HQ akan menjawab setiap persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan. Mudahan EBOOK FAQ EZIJOINT JILID 1 ini dapat membantu agent/stokis semua menjawab segala pertanyaan pelanggan.

 

Apa itu EZIJOINT?

EZIJOINT adalah produk hasil kajian pakar-pakar penyelidik tempatan dengan gabungan 3 bahan utama yang terpilih iaitu Ekstrak Getah Pokok Salai(Getah Pokok Boswelia), Ekstrak Kunyit dan Ekstrak Ceri Hitam. Hasil dari gabungan bahan-bahan tersebut, ia menghasilkan sebanyak 294 bahan aktif yang baik untuk merawat masalah Osteoarthritis, Frozen Shoulder, lenguh-lenguh dan Gout.

 

Bila kesan penggunaan dapat dirasai?

Kesan penggunaan dapat dirasai dalam tempoh 3 hingga 7 hari penggunaan jika IA DIGUNAKAN SETIAP HARI SECARA KONSISTEN. Diantara kesan yang dapat dirasai adalah terasa mudah untuk gerakkan sendi, kurang rasa sakit, bengkak surut, dan hilang rasa sakit serta kebas.

 

Ezijoint ni ada kelulusan KKM tak?

Ezijoint adalah produk yang 100% diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan mendapat kelulusan sijil HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) selain itu juga telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) (MAL19066036TC).

 

Siapa yang harus menggunakan EZIJOINT?

EZIJOINT harus digunakan oleh pesakit yang alami masalah :

  1. Hendak bangun daripada duduk tapi terasa sakit di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Sendi-sendi terasa ngilu dan sakit setelah melakukan kerja berlebihan, ataupun selepas melakukan aktiviti lasak.
  3. Terpaksa melakukan ibadah solat dalam keadaan duduk di atas kerusi akibat lutut yang sakit untuk dibengkokkan.
  4. Urat-urat badan terasa lenguh setelah penat melakukan aktiviti harian.

 

ACL atau MCL boleh dirawat menggunakan EZIJOINT tak?

Untuk masalah Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan Medial Collateral

Ligament (MCL), sekiranya pesakit itu telah menjalani operation

untuk ligament reconstruction, EZIJOINT dapat bantu untuk

mempercepatkan lagi kesan untuk sembuh. Tetapi sekiranya pesakit itu

tidak menjalani operation ligament reconstruction, EZIJOINT

hanya dapat bantu untuk mengurangkan rasa sakit dan membuatkan

pesakit rasa lebih selesa untuk menjalani aktiviti harian.

 

Slip Disc boleh bantu untuk merawat tak?

Untuk masalah slip disc, EZIJOINT hanya dapat bantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami dan membuatkan pesakit rasa lebih selesa untuk jalani aktiviyti harian.

 

Untuk masalah Miniscus Tear, EZIJOINT boleh bantu untuk merawat tak?

Untuk masalah Miniscus Tear,EZIJOINT hanya dapat bantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami pesakit dan membuatkan pesakit rasa lebih selesa untuk jalani aktiviti harian.

 

1 botol EZIJOINT tahan berapa lama?

1 botol EZIJOINT mengandungi 60biji kapsul. Sekiranya pesakit konsisten mengambil 1 hari 2 kali(pagi dan malam), 1 botol akan tahan selama 1 bulan.

 

Bagaimana cara penggunaan EZIJOINT?

Perlu diingatkan bahawa EZIJOINT adalah produk rawatan, jadi ia mestilah diambil secara KONSISTEN.

  1. Hanya 1 biji untuk 1 kali makan.
  2. 1 hari 2 kali. Pagi dan malam 30 minit sebelum makan.

 

Diharapkan FAQ Ringkas ini dapat membantu anda menjawab setiap

persoalan pelanggan.

Sekiranya ada lagi soalan yang anda tidak tahu dan memerlukan

support pakar, anda boleh ajukan soalan anda ke HOTLINE

012-247 6215.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PAKEJ 2”

Your email address will not be published. Required fields are marked *