PAKEJ 3

RM240.00

Category:

Description

Pastinya ramai di kalangan agent/stokis semua yang berhadapan dengan kerenah dan soalan-soalan yang berkaitan dengan DOXTEJOINT CREAM. Bagi menjawab setiap persoalan yang ditanya, pihak DOXTEJOINT CREAM HQ akan menjawab setiap persoalan yang sering ditanya oleh pelanggan. Mudahan EBOOK FAQ DOXTEJOINT CREAM JILID 1 ini dapat membantu agent/stokis semua menjawab segala pertanyaan pelanggan.

 

Apa itu DOXTEJOINT CREAM?

DOXTEJOINT CREAM adalah produk hasil kajian pakar-pakar penyelidik tempatan dengan gabungan 2 tumbuh-tumbuhan iaitu Daun Rerama Hijau dan Daun Ketumpang Air(Daun Sireh Cina). Hasil dari gabungan tumbuh-tumbuhan tersebut, ia menghasilkan lebih dari 120 bahan aktif yang baik untuk merawat masalah Osteoarthritis, Frozen Shoulder, lenguh-lenguh dan Gout.

 

Bagaimana DOXTEJOINT CREAM bertindak?

DOXTEJOINT CREAM ni adalah dalam bentuk krim sapuan, tapi ia bukanlah krim sapuan yang biasa. DOXTEJOINT CREAM dihasilkan dalam bentuk Krim Hybrid Gel yang mana dapat membantu menyerap khasiat yang ada terus kedalam kulit. Serapan menjadi sangat optimum kerana krim DOXTEJOINT CREAM diperbuat dari bahan asas yang khas untuk bertindak sebagai egen penyerapan.

 

Bila kesan penggunaan dapat dirasai?

Kesan penggunaan dapat dirasai dalam tempoh 3 hingga 7 hari penggunaan jika IA DIGUNAKAN SETIAP HARI SECARA KONSISTEN. Diantara kesan yang dapat dirasai adalah terasa mudah untuk gerakkan sendi, kurang rasa sakit, bengkak surut, dan hilang rasa sakit serta kebas.

 

Ada kesan sampingan tak?

Tiada kesan sampingan. Ini kerana DOXTEJOINT CREAM hanya sapu luaran. Selain itu ia adalah hasil kajian pakar-pakar penyelidik tempatan yang hanya menggunakan 100% tumbuhan semulajadi. Jadi ia tidak akan memberi kesan sampingan kepada organ dalaman dan juga pesakit walaupun digunakan dalam jangka masa yang panjang.

 

Boleh guna ketika solat tak?

Boleh digunakan untuk solat dan tidak perlu dibasuh kerana DOXTEJOINT CREAM merupakan formulasi yang disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM).

 

Siapa yang harus menggunakan DOXTEJOINT CREAM?

DOXTEJOINT CREAM harus digunakan oleh pesakit yang alami masalah :

  1. Hendak bangun daripada duduk tapi terasa sakit di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Sendi-sendi terasa ngilu dan sakit setelah melakukan kerja berlebihan, ataupun selepas melakukan aktiviti lasak.
  3. Terpaksa melakukan ibadah solat dalam keadaan duduk di atas kerusi akibat lutut yang sakit untuk dibengkokkan.
  4. Urat-urat badan terasa lenguh setelah penat melakukan aktiviti harian.

 

ACL atau MCL boleh dirawat menggunakan DOXTEJOINT CREAM tak?

Untuk masalah Anterior Cruciate Ligament (ACL) dan Medial Collateral

Ligament (MCL), sekiranya pesakit itu telah menjalani operation

untuk ligament reconstruction, DOXTEJOINT CREAM dapat bantu untuk

mempercepatkan lagi kesen untuk sembuh. Tetapi sekiranya pesakit itu

tidak menjalani operation ligament reconstruction, DOXTEJOINT CREAM

hanya dapat bantu untuk mengurangkan rasa sakit dan membuatkan

pesakit rasa lebih selesa untuk menjalani aktiviti harian.

 

Slip Disc boleh bantu untuk merawat tak?

Untuk masalah slip disc, DOXTEJOINT CREAM hanya dapat bantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami dan membuatkan pesakit rasa lebih selesa untuk jalani aktiviyti harian.

 

Untuk masalah Miniscus Tear, DOXTEJOINT CREAM boleh bantu untuk merawat tak?

Untuk masalah Miniscus Tear,DOXTEJOINT CREAM hanya dapat bantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami pesakit dan membuatkan pesakit rasa lebih selesa untuk jalani aktiviti harian.

 

1 botol DOXTEJOINT CREAM tahan berapa lama?

1 botol DOXTEJOINT CREAM boleh digunakan sehingga lebih dari 250 kali picitan. Sekiranya pesakit konsisten guna 1 hari 3kali mengikut sukatan yang ditetapkan, 1 botol akan tahan 1 bulan penggunaan.

 

Bagaimana cara penggunaan DOXTEJOINT CREAM?

Perlu diingatkan bahawa DOXTEJOINT CREAM adalah produk rawatan, jadi ia mestilah digunakan secara KONSISTEN.

  1. Hanya 1 picitan untuk 1 kali sapuan.
  2. Sapu pada bahagian pelipat lutut dan bahagian tepi lutut. Bukannya sapu pada bahagian tempurung lutut.
  3. Sapu 3 kali sehari. (pagi, petang dan malam)
  4. Pastikan bahagian yang hendak disapu itu dalam keadaan yang bersih.

 

Diharapkan FAQ Ringkas ini dapat membantu anda menjawab setiap

persoalan pelanggan.

 

Sekiranya ada lagi soalan yang anda tidak tahu dan memerlukan

support pakar, anda boleh ajukan soalan anda ke HOTLINE

012-274 9985.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PAKEJ 3”

Your email address will not be published. Required fields are marked *